Petikan Akhbar : USM Cipta Mee Kuning untuk Kurus

Utusan Malaysia : 28/10/2009
PULAU PINANG 28 Okt — Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang memberikan rasa kenyang yang lama dan mampu menurunkan berat badan.

Ketua penyelidik Prof Madya Azhar Mat Easa berkata “Neodles” adalah produk mi pertama di Malaysia yang diuji secara klinikal untuk penentuan Index Glisemik (GI) in-vivo sebelum ia dikomersialkan.

"Neodles melepaskan gula dengan kadar lebih perlahan berbanding mi biasa, ia adalah lebih sesuai kepada mereka yang sensitif terhadap kandungan gula makanan dan mereka yang mengalami masalah kegemukan.

"Produk itu direka menggunakan formulasi khas dan kaedah penyediaan yang menggalakkan pembentukan silang paut protein yang mampu memerangkap kanji dan ia dikuatkan lagi dengan penambahan campuran kanji rintang penghadaman,” katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri Prof Rozman Din dan tiga penyelidik lain iaitu Saifullah Ramli, Yeoh Shin Yong serta Dr Abbad F.M Alkarkhi.

Azhar berkata produk yang dimajukan menggunakan geran bernilai RM900,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu bersifat rintang penghadaman.

Katanya sifat rintang-penghadaman membolehkan Neodles bertahan lama dalam sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lama kepada pendiet.

"Jika Neodles dimakan pada sebelah pagi, pengguna akan berasa kenyang hingga malam dan selain itu, pengguna kini boleh menikmati mi kuning tanpa menyebabkan kenaikan gula dalam darah yang keterlaluan.

"Produk itu juga berupaya menyumbang faedah kesihatan dari aspek kandungan serat dietari yang menggalakkan kekerapan pembuangan najis,” katanya.

Beliau berkata produk yang akan berada di pasaran pada Februari depan tidak menjejaskan ciri-ciri sensori apabila diuji menggunakan panel sensori.

"Rasanya hampir sama dengan mi biasa dan boleh dimasak mengikut citarasa pengguna. USM pada peringkat akhir berbincang dengan pengeluar dan kita menjangkakan ia akan berada di pasaran pada Februari depan dengan harga RM2 hingga RM2.50 bagi 200 gram,” katanya.

Cara Pemprosesan Mee Kuning

eColi dan Mee Kuning

Assalamualaikum...

Sudah sarapan pagi?apakah menu anda pada pagi ini?nasi lemak?kueh teow?atau mee goreng?
Pernahkah anda mendengar tentang eColi?
eColi merupakan Asid Borik dan Ezchericia Coli (E. Coli sebut E-Kolai)yang digunakan didalam membuat mee kuning. Namun, tidak semua mee kuning yang dihasilkan menggunakan eColi contohnya mee kuning keluaran Ushamee Enterprise adalah bebas dari eColi.
Kajian menunjukkan asid borik yang digunakan boleh menyebabkan barah@kanser. Ini kerana asid borik ini banyak digunakan didalam pembuatan detergen untuk mencuci bahagian sulit manusia. Oleh itu, disini saya ingin memberi petua bagaimana ingin mengetahui mee tersebut mempunyai eColi atau tidak. Ambil sedikit mee kemudian rendam bersama dengan air kunyit, sekiranya air tersebut bertukar menjadi merah maka terbukti mee tersebut mempunyai eColi. Selamat mencuba! Sekian.

Ushamee Enterprise Peneraju Mee Kuning

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja PID Kuala Kurau kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan blog perusahaan mee kuning saya ini. Segala kerjasama amat saya hargai dan diharapkan akan berterusan.

Buat permulaan ingin saya menceritakan serba sedikit tentang penubuhan serta perkembangan perusahaan saya ini.

Perusahaan ini dimulakan pada tahun 1998 diatas dorongan daripada ahli keluarga sendiri memandangkan saya baru sahaja pencen tentera pada masa tersebut. Oleh kerana modal yang kurang makan perusahaan ini dijalankan secara perkongsiaan antara sahabat saya. Modal permulaan adalah sebanyak RM5000.00 telah dikongsi bersama seorang sahabat . Ia digunakan untuk membeli mesin mencanai tepung dan modal untuk membeli bahan-bahan. Perusahaan yang bermula secara kecil-kecilan telah berkembang walaupun mendapat persaingan daripada pengeluar-pengeluar berbangsa Cina serta ketidakyakinan penjual untuk membeli kerana bimbangkan perusahaan kami akan merosot dan tutup. Namun, berkat usaha dan keyakinan maka perniagaan ini berjaya mendapat tempat dihati peniaga dan pembeli. Kami merupakan satu-satunya pengeluar mee kuning Bumiputra untuk kawasan Kuala Kurau. Alhamdulillah, pendapatan bersih saya pada setiap bulan mencecah RM2000.00 dan meningkat mengikut musim.
Akhirnya setelah 10 tahun lebih menjalankan perusahaan ini maka kami telah mendapat perhatian daripada Jabatan Pertanian untuk memajukan lagi perniagaan. Bantuan mesin dan beberapa peralatan telah berjaya meningkatkan kuantiti mee kuning untuk dipasarkan. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Kerian.
Pada masa kini, kami dengan kerjasama Pusat Internet Desa Kuala Kurau akan menjalankan kursus membuat mee kuning kepada sesiapa yang berminat. Segala info akan dimaklumkan pada masa terdekat. Diharapkan perusahaan ini dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang dan mampu meningkatkan taraf ekonomi Bumiputra. Sekian.