Utusan Malaysia : 28/10/2009
PULAU PINANG 28 Okt — Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang memberikan rasa kenyang yang lama dan mampu menurunkan berat badan.
Ketua penyelidik Prof Madya Azhar Mat Easa berkata “Neodles” adalah produk mi pertama di Malaysia yang diuji secara klinikal untuk penentuan Index Glisemik (GI) in-vivo sebelum ia dikomersialkan.
"Neodles melepaskan gula dengan kadar lebih perlahan berbanding mi biasa, ia adalah lebih sesuai kepada mereka yang sensitif terhadap kandungan gula makanan dan mereka yang mengalami masalah kegemukan.
"Produk itu direka menggunakan formulasi khas dan kaedah penyediaan yang menggalakkan pembentukan silang paut protein yang mampu memerangkap kanji dan ia dikuatkan lagi dengan penambahan campuran kanji rintang penghadaman,” katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri Prof Rozman Din dan tiga penyelidik lain iaitu Saifullah Ramli, Yeoh Shin Yong serta Dr Abbad F.M Alkarkhi.
Azhar berkata produk yang dimajukan menggunakan geran bernilai RM900,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu bersifat rintang penghadaman.
Katanya sifat rintang-penghadaman membolehkan Neodles bertahan lama dalam sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lama kepada pendiet.
"Jika Neodles dimakan pada sebelah pagi, pengguna akan berasa kenyang hingga malam dan selain itu, pengguna kini boleh menikmati mi kuning tanpa menyebabkan kenaikan gula dalam darah yang keterlaluan.
"Produk itu juga berupaya menyumbang faedah kesihatan dari aspek kandungan serat dietari yang menggalakkan kekerapan pembuangan najis,” katanya.
Beliau berkata produk yang akan berada di pasaran pada Februari depan tidak menjejaskan ciri-ciri sensori apabila diuji menggunakan panel sensori.
"Rasanya hampir sama dengan mi biasa dan boleh dimasak mengikut citarasa pengguna. USM pada peringkat akhir berbincang dengan pengeluar dan kita menjangkakan ia akan berada di pasaran pada Februari depan dengan harga RM2 hingga RM2.50 bagi 200 gram,” katanya.

0 comments:
Post a Comment