Ushamee Enterprise Peneraju Mee Kuning

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja PID Kuala Kurau kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan blog perusahaan mee kuning saya ini. Segala kerjasama amat saya hargai dan diharapkan akan berterusan.

Buat permulaan ingin saya menceritakan serba sedikit tentang penubuhan serta perkembangan perusahaan saya ini.

Perusahaan ini dimulakan pada tahun 1998 diatas dorongan daripada ahli keluarga sendiri memandangkan saya baru sahaja pencen tentera pada masa tersebut. Oleh kerana modal yang kurang makan perusahaan ini dijalankan secara perkongsiaan antara sahabat saya. Modal permulaan adalah sebanyak RM5000.00 telah dikongsi bersama seorang sahabat . Ia digunakan untuk membeli mesin mencanai tepung dan modal untuk membeli bahan-bahan. Perusahaan yang bermula secara kecil-kecilan telah berkembang walaupun mendapat persaingan daripada pengeluar-pengeluar berbangsa Cina serta ketidakyakinan penjual untuk membeli kerana bimbangkan perusahaan kami akan merosot dan tutup. Namun, berkat usaha dan keyakinan maka perniagaan ini berjaya mendapat tempat dihati peniaga dan pembeli. Kami merupakan satu-satunya pengeluar mee kuning Bumiputra untuk kawasan Kuala Kurau. Alhamdulillah, pendapatan bersih saya pada setiap bulan mencecah RM2000.00 dan meningkat mengikut musim.
Akhirnya setelah 10 tahun lebih menjalankan perusahaan ini maka kami telah mendapat perhatian daripada Jabatan Pertanian untuk memajukan lagi perniagaan. Bantuan mesin dan beberapa peralatan telah berjaya meningkatkan kuantiti mee kuning untuk dipasarkan. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Kerian.
Pada masa kini, kami dengan kerjasama Pusat Internet Desa Kuala Kurau akan menjalankan kursus membuat mee kuning kepada sesiapa yang berminat. Segala info akan dimaklumkan pada masa terdekat. Diharapkan perusahaan ini dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang dan mampu meningkatkan taraf ekonomi Bumiputra. Sekian.

3 comments:

Pencari Redha Allah said...

Assalamualaikum tuan. Saya nak sangat belajar buat mi kuning. Bagaimana nak hubungi pihak tuan?

Pencari Redha Allah said...

Sekarang ni pun sy dah boleh buat tapi dapat resepi dari gugel? Tak puas hati la selagi tak bljr dr org yg pakar

Pencari Redha Allah said...

Ni nom wasap sy 0137457432